body, a, a:hover {cursor: url(http://safir85.ucoz.com/bdlab-blogspot/dark_blue_3d_cursor.cur), progress;}

blogger widgets

rss
twitter
    Find out what SK Kuak Hulu is doing, Follow Me :)

asp hit counter

Sukan Tahunan..

Pada 12.02 yang lalu..sekolah telah mengadakan sukan tahunan..terdapat 4 buah rumah bertanding..iaitu rumah waja (hijau), wira (merah), satria (biru), dan putra (kuning)...Perasmian dengan penuh gilang-gemilang oleh YB Tan Lian Hoe, Ahli Parlimen Grik merangkap Timbalan Menteri Penerangan Malaysia..Tetamu khas yang hadir iaitu Pegawai PPD Hulu Perak, Penolong Ketua Daerah, Penghulu, Ketua kampung, Ketua Khidmat Masyarakat (UMNO), Guru Besar SK Kroh, Guru Besar SK Kuak Luar, Penolong Kanan Kokurikulum Ayer Panas...Terima kasih kerana hadirkan diri...

Upacara sukan dimulai dengan perbarisan...Setiap rumah sukan mempunyai maskot tersendiri..seperti spongebob, tranformer, laksamana (perajurit) & murid perempuan memperagai pakaian Jepun..dapat dilihat pelbagai hiasan peserta kawad..Rumah Putra (kuning) dinobatkan sebagai johan perbarisan kerana perbarisan yang kemas..

Selepas perbarisan, pembacaan ikrar oleh ketua murid dan seterusnya acara balapan dimulakan..untuk menjayakan acara balapan, sekolah telah menjemput orang luar seperti guru & orang kampung Kuak Hulu..Johan rumah sukan pada tahun ini (2009) jatuh kepada rumah putra (kuning) dengan mata 175..Tahniah diucapkan....... ;)

Sepak Takraw 2009 SKKH Menggegarkan!!

s

Tidak disangka-sangka, pasukan sepak takraw sekolah berjaya menewaskan SK Ayer Panas & SK Kroh pada pusingan kelayakan peringkat zon pada 15-16 Januari 2009..Pemain begitu bersemangat dengan gelaran johan kumpulan yang disandang..
Pada peringkat separuh akhir, pasukan sekolah dengan mudah membelasah SK Bekuai dan terus layak ke peringkat akhir..Pada peringkat akhir, pasukan sepak takraw SKKH bertemu dengan pasukan lawan iaitu SK Kuak Luar..Namun, pasukan sekolah kalah..akan tetapi perlawanan akhir ini merupakan perlawanan yang sengit..
Apa pun, SKKH berbangga terhadap pasukan sepak takraw sekolah kerana pasukan ini merupakan pasukan yang tiada dalam senarai tetapi layak sehingga ke peringkat akhir...Sekolah juga mengucapkan berbanyak terima kasih tak terhingga kepada Cikgu Azli selaku jurulatih sepak takraw..
Pasukan sepak takraw SKKH berjaya ke peringkat daerah pada 19-20 Januari 2009..Perlawanan yang agak sukar, namun pasukan sekolah berjaya mendapat tempat ketiga..Lebih membanggakan, seorang pemain sepak takraw sekolah terpilih ke peringkat negeri Perak..

Salam Tahun Baru 2009


Assalamualaikum kepada semua.....Sudah setahun masa berlalu..terasa baru sahaja 2008 meninggalkan kita..Diucapkan selamat tahun baru 2009 kepada semua...dengan kesibukan awal tahun ini..terdapat pelbagai perubahan kakitangan SKKH..umpamanya Cikgu Azizah telah bertukar ke SK TLDM Lumut...namun, ada penggantinya iaitu Cikgu Mashitah ..Beliau berasal dari SK Ayer Panas & kini akan mengajar Prasekolah..Manakala Cikgu Hasnah mengambil tempatnya sebagai guru muzik SKKH..Seterusnya, dikhabarkan SKKH akan menerima seorang guru J-Qaf dan pembantu makmal komputer MSC Koridor Utara pada tahun ini..Itulah serba sedikit corat-coret pada pembukaan tahun 2009 SKKH.......