body, a, a:hover {cursor: url(http://safir85.ucoz.com/bdlab-blogspot/dark_blue_3d_cursor.cur), progress;}

blogger widgets

rss
twitter
    Find out what SK Kuak Hulu is doing, Follow Me :)

asp hit counter
Showing posts with label Aktiviti Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Sekolah. Show all posts

Kursus Kepimpinan Pengawas 09



Pada 11.07.2009 bersamaan hari Sabtu, pihak sekolah telah membuat Kursus Kempimpinan Pengawas di KEDA Resort, Bendang Man, Sik, Kedah. Kursus ini dianjurkan oleh Badan HEM SKKH dan Universiti Teknologi Petronas . Kursus ini mempunyai 27 peserta terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas PSS dan Ketua Kelas.



Kursus ini mengambil masa selama 2 hari dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Semua aktiviti dirancang oleh Pelajar Universiti Teknologi Petronas. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah membina 'team building', latihan komando, jungle tracking dan 'puzzle'


Majlis penutupan dirasmikan sendiri oleh Pn Hajah Saayah bt Abidin iaitu Guru Besar SK Kuak Hulu. Diharapkan semua peserta Kem Kepimpinan Pengawas mendapat semua input yang berguna dan dapat dipraktikkan di sekolah.






Gambar Kem bina juara taranum sekolah-sekolah zon Pengkalan Hulu 08






















Kursus Pendidikan Seni di SKKH( 30.8.2008 )



Pada 30.8.2008, pihak SKKH telah mengadakan kursus Pendidikan Seni untuk guru-guru di sekolah ini. Ini merupakan Kursus LDP kali ke 4 yang telah dijalankan oleh pihak sekolah. Walaupun pada cuti sekolah, guru-guru SKKH telah memberi kerjasama yang amat baik dengan menghadiri kursus tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.



Pihak sekolah telah menjemput penceramah daripada SMK Tun Saban iaitu En. Mohd Habib b. Mohamed. Beliau merupakan anak jati kampung Kuak Hulu dan mempunyai banyak pengalaman dalam Pendidikan Seni Visual. Beliau juga mempunyai anak yang masih belajar di sekolah ini.

Tajuk yang beliau sampaikan pada kursus itu ialah tentang Teknik Ukiran dan Cetakan. Cara penyampaian beliau amat menarik. Semua amat berminat dengan teknik cetakan yang beliau tunjukkan. Kami Pihak Sekolah amat berterima kasih kepada beliau..
TERIMA KASIH CIKGU!!!