body, a, a:hover {cursor: url(http://safir85.ucoz.com/bdlab-blogspot/dark_blue_3d_cursor.cur), progress;}

blogger widgets

rss
twitter
    Find out what SK Kuak Hulu is doing, Follow Me :)

asp hit counter
Showing posts with label lawatan. Show all posts
Showing posts with label lawatan. Show all posts

Lawatan Guru Ke Cameron Highland










Lawatan guru ke Cameron Highland pada 9 November 2010. Sekolah telah mengambil Cuti Peristiwa pada hari itu. Semua guru dan kakitangan telah pergi ke sana kecuali Kerani, PAP dan PAR. Lawatan ini adalah sempena mengenang jasa Hajah Rohani Zainan yang akan bersara pada 11 November ini serta merehatkan cikgu-cikgu yang bekerja keras selama ini. Diharapkan murid akan mencapai keputusan UPSR yang memberangsangkan pada tahun ini.

Lawatan Pengarah Pelajaran Perak



Kedatangan Pengarah Pelajaran Perak ke SK Kuak Hulu pada 14 Oktober 2010 adalah amat di alu-alukan oleh Pihak Sekolah. Diharapkan lawatan beliau ke SK Kuak Hulu dapat memberi sedikit idea-idea bernas dalam meningkatkan prestasi dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.!




SELAMAT DATANG TUAN

Lawatan Sambil Belajar Murid Tahun 6 2010

Seramai 34 0rang murid tahun 6 telah menyertai rombongan ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng(SBPIG) dan Cameron Hingland pada 7 Mei 2010 yang lalu.Rombongan tersebut diiringi oleh 10 orang guru termasuk Puan hajah Saayah Guru Besar SKKH. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memupuk minat murid ke asrama penuh serta memberi semangat agar rajin belajar dalam usaha mendapat tempat ke asrama penuh . Selain itu, lawatan ini juga adalah untuk merehatkan fikiran murid-murid dan merasai pengalaman berada di Cameron Highland.

Seawal jam 6.30 pagi, semua murid dan guru telah berkumpul di dataran sekolah. Tepat jam 6.45pagi, rombongan sekolah telah bertolak ke SBPIG. Sebaik saja bas yang di naik sampai di kawasan Air Tawar, Grik, bas yang dinaiki telah mengalami kerosakan brek .Keadaan in menyebabkan kami lewat tiba di SBPIG.

Setibanya kami di SBPIG kami telah di sambut oleh pelajar-pelajar disitu. kami telah di bawa mengelilingi sekolah sambil di beri penerangan tentang kecemerlangan sekolah mereka. Murid-murid sangat teruja dengan kemudahan dan kecerian sekolah tersebut. Tepat jam 1.30 tengahari, rombongan kami bertolak ke Cameron highland. Kami tiba di sana pada pukul 3 petang dan menginap di Hotel Jasmine. Ketika di sana kami telah melawat Mardi. Kesempatan ini telah diambil sepenuhnya oleh murid - murid untuk melawat ladang strawbery,teh. kami juga berpeluang membeli belah di pasar malam. Semua murid-murid tidak melepaskan peluang untuk membeli sayur dan buah yang segar. kami bertolak bertolak pulang pada keesokkanya.





Pemantauan Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Perak

Pada 02 Febuari 2010, Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPNP) telah menghantar pegawainya ke SK Kuak Hulu untuk memantau program- program sekolah. Pegawai itu En. Hj. Rasdi bin Ariffin iaitu Pegawai Unit Kualiti JPNP.

Tujuan pemantauanya ialah melihat Kualiti sesuatu program yang dijalankan oleh sekolah, Beliau berpuas hati dengan program-program yang dijalankan. Beliau juga memberi beberapa pendapat untuk memperkuatkan lagi program-program sekolah. Hasrat beliau menjadikan SK Kuak Hulu sebagai salah satu projek usahasama dengan sekolah-sekolah lain di Daerah Hulu Kinta sangat di alu-alukan. Di harapkan usaha ini akan membantu murid-murid