body, a, a:hover {cursor: url(http://safir85.ucoz.com/bdlab-blogspot/dark_blue_3d_cursor.cur), progress;}

blogger widgets

rss
twitter
    Find out what SK Kuak Hulu is doing, Follow Me :)

asp hit counter

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Pengkalan Hulu










Sk Kuak Hulu turut mengambil bahagian dalam Majlis Tilawah yang diadakan di SK Kuak Luar. Majlis tersebut bertujuan untuk mencari pemenang yang akan dibawa keperingkat daerah nanti. Antara pertandingan yang diadakan ialah hafazan, bercerita, tilawah dan nasyid. SK Kuak Hulu telah mendapat tempat kedua dalam acara hafazan perempuan, nasyid dan tilawah. Syabas dan tahniah kepada murid yang berjaya.

Mesyuarat PIBG kali ke 34











Seramai 150 orang waris dan ibu bapa murid SK Kuak Hulu telah hadir ke sekolah untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 34 pada 30hb Mac 2011 yang lalu. Mesyuarat tersebut berjalan dalam suasana yang tenang dan penuh harmoni. Pelbagai perkara berbangkit dapat diselesaikan. Beberapa idea yang bernas untuk memajukan sekolah telah diutarakan oleh para waris yang hadir. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Kasim bin Hassan pengurus lembaga tabung haji cawangan baling.

Pertandingan Sepak Takraw Daerah Hulu Perak





Skkh telah muncul naib juara daerah dalam Pertandingan Sepak Takraw Daerah Hulu Perak yang telah diadakan didewan SMK Pengkalan Hulu. Menurut jurulatih sepaktakraw sekolah,encik Sazli b. Salehudin, pasukan ini bermain dengan semangat yang tinggi dan bermain dengan penuh semangat. Hasil daripada latihan yang giat dan berterusan telah membuahkan hasil. InsyaAllah pada tahun hadapan sekolah ini berharap akan muncul juara daerah yang baru. Pemain terdiri dari murid tahun 6 dan 5 iaitu, Mohd Khairul Fahmi, Mohd Edzar, Amirul Asyraf , Mohd Zuhri dan Mohd Aidil.

Pemantauan ISO oleh JPN Perak





Pemantauan Fail ISO SK Kuak Hulu telah didatangi oleh pegawai dari JPN Perak pada 22hb Mac 2011 yang lepas untuk pemantauan Fail ISO. Menurut En. Razif, ketua audit iso. Pemantauan ini bertujuan untuk melihat segala hasil kerja yang dijalankan pada tahun 2010 yang lalu. Hasil audit yang dijalankan amat memuaskan dan mematuhi kerja yang telah ditetapkan.

Pertandingan Bola Baling Peringkat Daerah Hulu Perak 2011








Pada hari Sabtu bersamaan 26.02.2011 telah berlangsung Pertandingan Bola Baling Peringkat Daerah di SK Mahkota Sari, Gerik. Zon Pengkalan Hulu telah menghantar 2 kumpulan wakil kategori lelaki iaitu dari SK Kuak Hulu dan SK Ayer Panas. Manakala wakil kategori perempuan pula dari SK Felda Lepang Nenering dan SK Kuak Hulu. SK Kuak Hulu telah dinobatkan sebagai Naib Johan Daerah Bola Baling kategori lelaki. Johan Daerah Bola Baling kategori lelaki disandang oleh SK Banggol Belimbing, Lenggong. Manakala SK Felda Lepang Nenering telah dinobatkan sebagai Johan Daerah Bola Baling kategori perempuan. Tahniah diucapkan kepada Zon Pengkalan Hulu di atas kejayaan tersebut.

Tahniah diucapkan kepada pasukan SK Kuak Hulu kerana mengharumkan nama sekolah..Ucapan Jutaan terima Kasih kepada EN. Badrol Izril (jurulatih) dan En Nomi Zaharan (Pengurus pasukan dan jurulatih taktikal) kerana berjaya melatih pasukan ini dengan baik sekali dan juga guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.. bagi pasukan perempuan SK Kuak Hulu..jangan kecewa dengan kekalahan tersebut..tahun depan kita berusaha peroleh kejayaan ..

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2011
















Pada tanggal 23.02.2011 bersamaan hari Rabu, Sambutan Maulidur Rasul 1432 telah diadakan Peringkat Sekolah. Semua warga SK Kuak Hulu telah berarak mengelilingi kampung sambil berselawat. Sempena sambutan maulidur rasul, sekolah telah mengadakan pertandingan sepanduk tercantik bagi tahap 2 dan pertandingan mewarna bagi tahap 1. Selain itu, pelbagai aktiviti turut dijalankan seperti tadarus al-Quran, berselawat antara kelas dan busana muslim serta muslimah tercantik. Pihak sekolah juga telah menjemput penceramah luar untuk memberi ceramah khas sempena Sambutan Maulidur Rasul 1432.