body, a, a:hover {cursor: url(http://safir85.ucoz.com/bdlab-blogspot/dark_blue_3d_cursor.cur), progress;}

blogger widgets

rss
twitter
    Find out what SK Kuak Hulu is doing, Follow Me :)

asp hit counter

Selamat Tahun Baru 2010...Hari Persekolahan Bermula




SELAMAT TAHUN BARU!

Assalamulaikum kepada pembaca blog SK Kuak Hulu, terlebih dahulu saya mengucapkan syukur hadrat illahi kerana pihak sekolah berjaya mengharungi liku-liku rintangan yang melanda pada tahun 2009. Diharapkan semua pihak terutama PIBG akan membantu dan memberi sokongan pada pihak sekolah pada tahun 2010. semoga usaha yang akan dicapai ini akan memberi impak yang besar terhadap keputusan pada tahun ini.

Esok hari persekolahan bermula...diharapkan semua berjalan dengan lancar

Hari Raya Aidilfitri 2009

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah Kebangsaan Kuak Hulu telah diadakan pada hari Rabu iaitu bersamaan 07 Oktober 2009 . Majlis yang dimulai pada jam 12.00 Tengahari sehingga pada jam 1.30 Petang berjalan lancar dan berakhir dengan suasana yang meriah . Antara tetamu yang hadir pada hari itu ialah Ketua-ketua Jabatan Daerah Pengkalan Hulu , wakil dari Jabatan Polis, para Guru Besar , wakil dari Tabung Haji , wakil dari May Bank dan masyarakat setempat. Beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan pada hari itu seperti nyanyian lagu-lagu hari raya oleh guru-guru dan kakitangan sekolah , jamuan dengan beraneka jenis makanan serta pertandingan guru paling bergaya yang telah dimenangi oleh Pn Rusidah Bt Mohamad Masirin.

Sambutan yang bertujuan untuk meraikan hari raya yang mulia selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan juga merapatkan hubungan silaturrahim antara guru , murid , kakitangan sekolah dan masyarakat setempat serta memanfaatkan Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan Kementerian Pelajaran Malaysia telah mencapai objektifnya. Dengan adanya majlis seperti ini akan mendapat faedah kepada semua pihak dan mendatangkan manfaat buat semua peringkat masyarakat.

Karnival Prasekolah Peringkat Zon Pengkalan Hulu dibatalkan !!!

S
Pihak sekolah amat berbesar hati menjadi tuan rumah untuk Karnival Prasekolah Peringkat Zon Pengkalan Hulu pada Sabtu ini (8.8.2009). Tetapi apakan daya, wabak influenza A (H1N1) semakin menular di Daerah Hulu Perak.

Oleh hal itu, Pegawai Pelajaran Daerah telah mengarahkan semua aktiviti melibatkan kehadiran ramai murid di berhentikan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.. Walaupun persiapan untuk majlis itu hampir pihak kami sempurnakan, pihak kami tidak berpatah hati malah akan memperbaiki lagi persiapan untuk akan datang.

Harapan Guru besar dan semua guru agar Karnival Prasekolah tahun ini menjadi ingatan yang bermakna buat semua murid, guru dan ibubapa. Insyaallah, kami akan buat yang terbaik!!!!

SK Kuak Hulu Boleh!!!! Yakin Boleh!!!

Audit Dalaman ISO MS 9001: 2000




Alhamdullilah, semua berjalan lancar hari ini. Semua fail telah di audit dan tidak ada satu pun tersangkut..Juru Audit Dalaman pada hari ini telah didatangkan khas dari daerah Kuala Kangsar. Ia terdiri daripada Pn Masitah, Pn Rosmiza, Pn Haryati dan En Abd Manaf..

Terima kasih diucapkan kepada semua guru SK Kuak Hulu!!!!!

Perkhemahan Unit Uniform 2U



Pada 24hb pihak sekolah telah mengadakan Perkhemahan Unit Uniform Pengakap dan Puteri Islam. Tujuan utama perkhemahan ini adalah memberi pengalaman berkhemah kepada murid yang tidak merasai berkhemah. Sasaran murid pada kali ini ialah murid tahun 4 dan 5..


Alhamdullilah, perkhemahan ini berjalan dengan lancar. Banyak aktivti yang dijalankan seperti ikatan, cabaran hidup, kawad statik, pertolongan cemas dan tracking. Aktiviti ini dapat mengajar dan memberi pengalaman berguna kepada murid-murid.



Perasmian penutup dirasmikan oleh Puan Hajah Saayah sendiri, beliau berpuas hati dengan komitmen murid dan guru dalam perkhemahan ini.


Pada masa yang sama juga pihak IPGM kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang telah mengadakan Program BIG untuk guru pelatih mereka di SK Kuak Hulu. Ini memeriahkan lagi perkhemahan ini.




Terima kasih banyak kepada semua guru SK Kuak Hulu kerana memberi komitmen yang padu dalam menjayakan perkhemahan kali ini. Juga tidak dilupakan kepada guru praktikum dan pekerja swasta secara langsung dan tidak langsung menolong pihak sekolah.

Kursus Kepimpinan Pengawas 09



Pada 11.07.2009 bersamaan hari Sabtu, pihak sekolah telah membuat Kursus Kempimpinan Pengawas di KEDA Resort, Bendang Man, Sik, Kedah. Kursus ini dianjurkan oleh Badan HEM SKKH dan Universiti Teknologi Petronas . Kursus ini mempunyai 27 peserta terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas PSS dan Ketua Kelas.



Kursus ini mengambil masa selama 2 hari dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Semua aktiviti dirancang oleh Pelajar Universiti Teknologi Petronas. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah membina 'team building', latihan komando, jungle tracking dan 'puzzle'


Majlis penutupan dirasmikan sendiri oleh Pn Hajah Saayah bt Abidin iaitu Guru Besar SK Kuak Hulu. Diharapkan semua peserta Kem Kepimpinan Pengawas mendapat semua input yang berguna dan dapat dipraktikkan di sekolah.






Bulan Kecergasan 2009



Bulan 7 merupakan Bulan Kecergasan untuk seluruh Malaysia. Pihak sekolah melancarkannya pada 10.7.2009 dengan melakukkan aktiviti senamrobik yang di ketuai oleh guru-guru praktikum.

Sebelum pelancaran lagi, Pihak Sekolah telah mengadakan Pertandingan Futsal di Antara Rumah Sukan bagi menyemarakkan murid-murid dengan semangat bersukan.

Pada 14 haribulan pula, Pertandingan Bola baling diadakan di antara rumah sukan selama 2 hari berturut-turut. Pada minggu itu juga, Semua Guru Pendidikan jasmani serta murid akan mengemas stor bersama-sama.

Pada Penutupan Bulan Kecergasan pula, Penyelaras Kokurikulum bercadang akan mengadakan Program Berjalan Kaki Ria mengelilingi sekitar Kampung Kuak Hulu...

Akhir kata....Majulah Sukan Untuk Negara