body, a, a:hover {cursor: url(http://safir85.ucoz.com/bdlab-blogspot/dark_blue_3d_cursor.cur), progress;}

blogger widgets

rss
twitter
    Find out what SK Kuak Hulu is doing, Follow Me :)

asp hit counter

Pertandingan Bola Baling Peringkat Daerah Hulu Perak 2011








Pada hari Sabtu bersamaan 26.02.2011 telah berlangsung Pertandingan Bola Baling Peringkat Daerah di SK Mahkota Sari, Gerik. Zon Pengkalan Hulu telah menghantar 2 kumpulan wakil kategori lelaki iaitu dari SK Kuak Hulu dan SK Ayer Panas. Manakala wakil kategori perempuan pula dari SK Felda Lepang Nenering dan SK Kuak Hulu. SK Kuak Hulu telah dinobatkan sebagai Naib Johan Daerah Bola Baling kategori lelaki. Johan Daerah Bola Baling kategori lelaki disandang oleh SK Banggol Belimbing, Lenggong. Manakala SK Felda Lepang Nenering telah dinobatkan sebagai Johan Daerah Bola Baling kategori perempuan. Tahniah diucapkan kepada Zon Pengkalan Hulu di atas kejayaan tersebut.

Tahniah diucapkan kepada pasukan SK Kuak Hulu kerana mengharumkan nama sekolah..Ucapan Jutaan terima Kasih kepada EN. Badrol Izril (jurulatih) dan En Nomi Zaharan (Pengurus pasukan dan jurulatih taktikal) kerana berjaya melatih pasukan ini dengan baik sekali dan juga guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.. bagi pasukan perempuan SK Kuak Hulu..jangan kecewa dengan kekalahan tersebut..tahun depan kita berusaha peroleh kejayaan ..

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2011
















Pada tanggal 23.02.2011 bersamaan hari Rabu, Sambutan Maulidur Rasul 1432 telah diadakan Peringkat Sekolah. Semua warga SK Kuak Hulu telah berarak mengelilingi kampung sambil berselawat. Sempena sambutan maulidur rasul, sekolah telah mengadakan pertandingan sepanduk tercantik bagi tahap 2 dan pertandingan mewarna bagi tahap 1. Selain itu, pelbagai aktiviti turut dijalankan seperti tadarus al-Quran, berselawat antara kelas dan busana muslim serta muslimah tercantik. Pihak sekolah juga telah menjemput penceramah luar untuk memberi ceramah khas sempena Sambutan Maulidur Rasul 1432.

Pertandingan Bola Baling Zon Pengkalan Hulu 2011






Pada hari Isnin dan Selasa bersamaan 21.02.2011 dan 22.02.2011 telah berlangsung Pertandingan Bola Baling Peringkat Zon. SK Kuak Hulu telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan ini. SK Kroh telah mendapat tempat ketiga bagi kategori lelaki. Diikuti pula dengan SK Ayer Panas dan johan pertandingan bola baling kategori lelaki jatuh kepada SK Kuak Hulu. Manakala SJK(T) Kroh telah mendapat tempat ketiga bagi kategori perempuan. Diikuti pula dengan SK Kuak Hulu dan johan pertandingan bola baling kategori perempuan jatuh kepada SK Felda Lepang Nenering. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dan tidak berjaya diharap berusaha lagi pada tahun hadapan.

Temasya Olahraga Zon Pengkalan Hulu 2011













Pada tarikh 17.02.2011 bersamaan hari Khamis pula Temasya Kejohanan Olahraga Zon Pengkalan Hulu telah berlangsung di SK Kuak Luar. Majlis telah dimulakan pada jam 3.00 petang. Semua sekolah telah menghantar atlit yang terbaik dari sekolah masing-masing untuk dipertandingkan pada petang itu. SK Kuak Hulu telah mendapat tempat ke 3 daripada 11 buah sekolah secara keseluruhan pertandingan. Atlit-atlit lelaki telah mendapat pingat emas dalam acara lompat jauh, 100 meter dan 4 X 100 meter. Manakala atlit perempuan pula telah mendapat pingat perak dalam acara 4 X 100 meter. Adik Muhammad Fahmi Zulfikri bin Abdul Halim telah dinobatkan sebagai Olahragawan 2011. Ini amat membanggakan warga sekolah. SYABAS diucapkan kepada beliau.

Ceramah Ringkas Sempena Maulidur Rasul 2011







Pada tanggal 16.02.2011, sekolah mengadakan 1 ceramah ringkas sempena maulidur rasul. Tajuk ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Shuaib bin Saad ialah “ 1 Malaysia 1 Ummah ”.