









Pada tarikh 17.02.2011 bersamaan hari Khamis pula Temasya Kejohanan Olahraga Zon Pengkalan Hulu telah berlangsung di SK Kuak Luar. Majlis telah dimulakan pada jam 3.00 petang. Semua sekolah telah menghantar atlit yang terbaik dari sekolah masing-masing untuk dipertandingkan pada petang itu. SK Kuak Hulu telah mendapat tempat ke 3 daripada 11 buah sekolah secara keseluruhan pertandingan. Atlit-atlit lelaki telah mendapat pingat emas dalam acara lompat jauh, 100 meter dan 4 X 100 meter. Manakala atlit perempuan pula telah mendapat pingat perak dalam acara 4 X 100 meter. Adik Muhammad Fahmi Zulfikri bin Abdul Halim telah dinobatkan sebagai Olahragawan 2011. Ini amat membanggakan warga sekolah. SYABAS diucapkan kepada beliau.
0 comments:
Post a Comment