body, a, a:hover {cursor: url(http://safir85.ucoz.com/bdlab-blogspot/dark_blue_3d_cursor.cur), progress;}

blogger widgets

rss
twitter
    Find out what SK Kuak Hulu is doing, Follow Me :)

asp hit counter

Gotong Royong Perdana

Sekolah Kebangsaan kuak Hulu telah mengadakan hari Gotong Royong Perdana pada 15 Mei 2010. Gotong royong ini melibatkan semua murid dan guru serta beberapa orang ibu bapa. Ianya bertujuan untuk menceriakan persekitaran persekolahan atas arahan pihak Kementerian sempena sambutan hari guru yang akan dijalankan serentak pada 17 Mei bagi semua sekolah di Negeri Perak.
Menurut setiausaha progaram, Pn Salina bt. Mustafa, Gotong royong ini mendapat sambutan yang menggalakan dan murid begitu bersemangat membuat kerja. Antara kerja yang dilakukan ialah mencabut rumput, menggembur pokok bunga dan membersih makmal komputer.
Gotong royong tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 pagi. Setelah selesai murid - murid telah dijamu dengan bihun goreng dan teh O. Sebelum gotong royong bermula Puan Hajah Saayah GB SKKH telah berpesan agar semua murid -murid menjaga keselamatan dan jangan bermain dan mengusik kawan - kawan ketika bekerja. Alhamdudillah semuanya berakhir dengan jayanya.. Tahniah warga SKKH atas kerjasama dan komitmen yang diberikan ibarat kata pepatah bulat air kerana pembentung berjaya manusia kerana muafakat..........
disediakan oleh
Yusri

0 comments: