Program Bincang dan Rancang 2010 ini diadakan pada hari Khamis (21.01.2010) minggu lepas. Program ini bertujuan untuk memberitahu program yang dirancang oleh pihak sekolah untuk murid tahun 6 pada 2010 ini. Selain itu pihak sekolah membincangkan masalah-masalah murid tahun 6 ini dengan ibu-bapa mereka.
Pihak sekolah juga telah menjemput En. Azhar bin Mat untuk merasmikan program ini. Secara tidak lansung beliau telah memberi sedikit ceramah kepada ibu-bapa berkenan dengan pelajaran anak-anak. Program ini diakhiri dengan penyerahan mentee kepada 5 orang Mentor iaitu Pn. Salina bt Mustafa, Pn. Noor Hanita bt.Abd Ghafar, En. Mohd Zakir b. Mohd Khairudin, Pn. Rusidah bt. Mohamad Masirin dan Pn. Asmayiah bt. Md Isa.