body, a, a:hover {cursor: url(http://safir85.ucoz.com/bdlab-blogspot/dark_blue_3d_cursor.cur), progress;}

blogger widgets

rss
twitter
    Find out what SK Kuak Hulu is doing, Follow Me :)

asp hit counter

Keputusan UPSR

Syukur kepada Tuhan, seorang murid SK Kuak Hulu telah berjaya mendapat 5A dalam keputusan kali ini. Murid itu ialah Mohd Fadzli bin Taharin. Walaupun seorang sahaja mendapat keputusan 5A, pihak sekolah tetap berbangga kerana berjaya me'maintain'kan mendapat 5A. keputusan sekolah lain agak memberangsangkan seperti SK Kuak Luar (8 orang), SK Ayer Panas (6 orang) dan SK Felda Lepang Nenering ( 5 orang).

Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru-guru,PIBG dan semua yang terlibat memberi sumbangan kejayaan UPSR pada tahun 2008 ini. Diharapkan pada tahun hadapan, lebih banyak lagi anak jati kampung Kuak Hulu ini akan mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR..Taniah!!!

Gambar Kem bina juara taranum sekolah-sekolah zon Pengkalan Hulu 08






















Kem Bina Juara Taranum Peringkat Zon

Maaf kepada semua. Sejak akhir-akhir ini, pihak pengarang sangat sibuk sehingga lama tidak meng'update'kan blog SK Kuak Hulu...

Pada hari selasa ( 11.11. 2008) Kem Bina Juara Taranum akan di adakan di sekolah ini, harap semuakan berjalan lancar. Semua guru berusaha keras untuk majlis ini terutama sekali guru-guru agama yang di barisi oleh Ustazah Fatimahsan, Ustazah Asmayiah, Ustaz Zakir dan Ustazah Nor Hasimah.

Suatu hari di bulan ramadan


Klik pada gambar untuk besarkan gambar

Peperiksaan UPSR


Pada hari ini (09.09.2008 ) iaitu hari selasa bermulalah peperiksaan UPSR 2008..Diharapkan semua murid tahun 6 SKKH dapat menghadapinya dengan penuh tenang dan sabar. Harapan pihak sekolah agar tahun ni lebih ramai lagi murid mendapat 5A dan dapat meningkatkan lagi prestasi semua mata pelajaran


TUNAIKANLAH IMPIAN ANDA UNTUK MENCAPAI 5A!!!!

SELAMAT BERPUASA



PIHAK SKKH MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH SERTA SELURUH PENDUDUK KAMPUNG KUAK HULU.

KEPADA CIKGU DISON CHONG ( GURU PRAKTIKUM ), BELAJAR-BELAJAR LA POSE YE! BUDAK PRA SEKOLAH PUN POSE TAU

Kursus Pendidikan Seni di SKKH( 30.8.2008 )



Pada 30.8.2008, pihak SKKH telah mengadakan kursus Pendidikan Seni untuk guru-guru di sekolah ini. Ini merupakan Kursus LDP kali ke 4 yang telah dijalankan oleh pihak sekolah. Walaupun pada cuti sekolah, guru-guru SKKH telah memberi kerjasama yang amat baik dengan menghadiri kursus tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.



Pihak sekolah telah menjemput penceramah daripada SMK Tun Saban iaitu En. Mohd Habib b. Mohamed. Beliau merupakan anak jati kampung Kuak Hulu dan mempunyai banyak pengalaman dalam Pendidikan Seni Visual. Beliau juga mempunyai anak yang masih belajar di sekolah ini.

Tajuk yang beliau sampaikan pada kursus itu ialah tentang Teknik Ukiran dan Cetakan. Cara penyampaian beliau amat menarik. Semua amat berminat dengan teknik cetakan yang beliau tunjukkan. Kami Pihak Sekolah amat berterima kasih kepada beliau..
TERIMA KASIH CIKGU!!!