body, a, a:hover {cursor: url(http://safir85.ucoz.com/bdlab-blogspot/dark_blue_3d_cursor.cur), progress;}

blogger widgets

rss
twitter
    Find out what SK Kuak Hulu is doing, Follow Me :)

asp hit counter

UPSR 2010




Keputusaan UPSR yang ditunggu-tunggukan telah keluar akhirnya pada hari Khamis bersamaan 11 November 2010. Syukur kepada hadrat Ilahi, tahun ini SK Kuak Hulu telah mendapat 2 orang 5A ( Aida Nasrin dan Adi Syafiq ) dan seorang 4A 1B( Aina Syafikin ). Tahniah diucapkan kepada mereka semua.

Alhamdulillah, keputusan tahun ini amat memberangsangkan. Peningkatan yang amat ketara bagi semua subjek iaitu Bahasa Melayu Kefahaman = 97 %, Bahasa Melayu Penulisan = 83 %, Bahasa Inggeris = 63 %, Matematik = 78 % dan Sains = 92%. Keputusan keseluruhannya 60.5 % berbanding tahun lalu hanya 33%.

SYABAS KEPADA GURU-GURU SK KUAK HULU
SYABAS KEPADA IBUBAPA MURID TAHUN 6
SYABAS KEPADA MURID TAHUN 6 2010

TANPA MEREKA , TIADALAH KEJAYAAN INI!

Majlis Persaraan Hajah Rohani Zainan






















Pada 11 November 2010, Majlis Persaraan Hajah Rohani Zainan iaitu Penolong Kanan Pentadbiran telah diadakan di Dewan SK Kuak Hulu. Banyak persiapan telah dibuat untuk menjayakan majlis tersebut. Ramai jemputan telah hadir seperti Encik Abdul Rahim bin Abdullah Azizi (wakil JPN Perak), Encik Nasaruddin bin Zakaria ( wakil PPD ), Guru Besar SK Keroh, Guru Besar SK Klian Intan, Guru Besar Air Panas dan Mantan PPDR Hulu Perak.

Majlis itu dimulakan dengan perarakkan Hajah Rohani ke dalam dewan dengan paluan pasukan kompang Al-Firdaus. Kemudian bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zakir bin Khairuddin. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan wakil murid, Guru Besar, YDP PIBG dan wakil PPD. Selepas itu, majlis penyampaian hadiah kepada Hajah Rohani. Kemudian, majlis itu dihiburkan dengan persembahan Dikir Barat yang telah di atih oleh Ustaz Mohd Zakir bin Khairuddin.

Majlis diteruskan lagi dengan tayangan video tentang perjalanan hidup Hajah Rohani diikuti dengan bacaan syair yang menghibakan hati. Kemudian, majlis itu diteruskan lagi dengan perarakan kek harijadi ke dalam dewan dan Hajah Rohani diminta untuk memotong kek tersebut. Kek itu bertujuan untuk meraikan hari jadi Hajah Rohani dan persaraan beliau. Majlis diakhiri dengan bersalaman antara guru-guru dan menghantar pulang ke rumah sambil murid-murid melambai-lambai tangan ke arah Hajah Rohani.

Lawatan Guru Ke Cameron Highland










Lawatan guru ke Cameron Highland pada 9 November 2010. Sekolah telah mengambil Cuti Peristiwa pada hari itu. Semua guru dan kakitangan telah pergi ke sana kecuali Kerani, PAP dan PAR. Lawatan ini adalah sempena mengenang jasa Hajah Rohani Zainan yang akan bersara pada 11 November ini serta merehatkan cikgu-cikgu yang bekerja keras selama ini. Diharapkan murid akan mencapai keputusan UPSR yang memberangsangkan pada tahun ini.

Hari Anugerah Cemerlang 2010
















Pada 8 November 2010, pihak sekolah telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang & Graduasi Prasekolah 2010 di Dewan SK Kuak Hulu. Majlis telah dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zakir bin Khairuddin. Majlis diteruskan pula dengan Ucapan Guru Besar dan Encik Samsudin bin Ahmad (Ketua Kampung Kuak Hulu) selaku Perasmi Majlis Anugerah tersebut. Kemudian, Majlis Penyampaian Hari graduasi Prasekolah telah dijalankan serta diikuti oleh persembahan koir murid tahap 2.

Seterusnya, Penyampaian Hadiah bagi mata pelajaran terbaik telah disempurnakan oleh Perasmi dan Guru Besar. Akhir sekali, persembahan penutup untuk ibubapa dan murid adalah persembahan Dikir Barat yang diketuai oleh Abu Bilai Al-Haq.