body, a, a:hover {cursor: url(http://safir85.ucoz.com/bdlab-blogspot/dark_blue_3d_cursor.cur), progress;}

blogger widgets

rss
twitter
    Find out what SK Kuak Hulu is doing, Follow Me :)

asp hit counter

Sukantara sukan 2010




Pada 03 Febuari 2010, telah diadakan sukantara bagi sukan yang di adakan pada 11 Febuari 2010. Tujuan diadakan sukantara ini adalah untuk mengutip mata rumah sukan. Semua murid di wajibkan hadir untuk mengumpul mata setiap rumah sukan..

Sukantara ini terbahagi kepada 3 acara iaitu lompat jauh, larian 100 meter dan larian 200 meter.Semua acara ini berjalan dengan lancarnya.

Pemantauan Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Perak

Pada 02 Febuari 2010, Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPNP) telah menghantar pegawainya ke SK Kuak Hulu untuk memantau program- program sekolah. Pegawai itu En. Hj. Rasdi bin Ariffin iaitu Pegawai Unit Kualiti JPNP.

Tujuan pemantauanya ialah melihat Kualiti sesuatu program yang dijalankan oleh sekolah, Beliau berpuas hati dengan program-program yang dijalankan. Beliau juga memberi beberapa pendapat untuk memperkuatkan lagi program-program sekolah. Hasrat beliau menjadikan SK Kuak Hulu sebagai salah satu projek usahasama dengan sekolah-sekolah lain di Daerah Hulu Kinta sangat di alu-alukan. Di harapkan usaha ini akan membantu murid-murid

Jamuan Tahunan Guru & Perpisahan !




Pada 27 Januari 2010, Jamuan Tahunan Guru & Perpisahan telah diadakan di Medan Selera Ikan Bakar Tanjung Dawai, Kedah. Semua guru dan kakitangan sekolah telah hadir ke jamuan kecuali Pn. Fazilah dan Pn. Hjh. Fairuz kerana telah pergi kursus ke Ipoh.

Majlis dimulakan dengan ucapan Guru Besar tepat pada jam 3.30 petang. Kemudian, acara pemberian hadiah hari jadi kepada Guru dan kakitangan telah sampaikan oleh Guru Besar sendiri.Pn Hasnah bt Said selaku orang yang diraikan pada hari tersebut sangat terharu dengan majlis ini.

Majlis bersurai pada jam 4.30 petang, semua guru dan kakitangan mengambil peluang ini dengan membeli belah hasil laut di kedai berhampiran. sekian