JADUAL AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN
25.8.2008 – 14.9.2008 Pertandingan Kelas Patriotik
27.8.2008 Pertandingan Karaoke Lagu Patriotik
28.8.2008 Perarakan Hari Kemerdekaan ( 8.00 pagi )
Tayangan video ‘Hati Malaya’ ( 10.30 pagi )
5.9. 2008 Pertandingan Mewarna Prasekolah & Tahap 1
Pertandingan Melukis Poster Tahap 2 ( tahun 4 dan 5 )
12.9.2008 Pertandingan Sajak / Pantun dalam Bahasa Melayu
Pertandingan Sajak dalam Bahasa Inggeris
UPDATES!!
Program karaoke telah berjalan seperti yang dirancang, iaitu pada hari Khamis( 28.8.2008 )..Semua acara dijalankan dengan lancar dan semua murid juga terhibur...Guru besar juga telah menyumbangkan sebuah lagu patriotik.
Tema : Perpaduan Teras Kejayaan
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.
3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.
3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.
Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
Lagu tema
Alhamdullilah! Syukur kepada Allah, pihak SKKH telah berjaya mereka baju sukan yang baru untuk tahun hadapan.
Semangat ini di teruskan lagi dengan sokongan padu oleh Pn Hjh Saayah bt Abidin selaku Guru Besar SKKH yang baru. Beliau baru sahaja bertugas di SKKH pada awal Julai tahun ini. Diharapkan cetusan idea-idea yang bernas daripada beliau dapat meningkatkan lagi martabat SKKH didalam bidang pendidikan.
Berbalik kepada tajuk yang asal. Rekaan baju ini telah direka oleh GK Kokurikulum (En Ahmad Rusdi b Mohd Tahir) dan telah dibuat penambahbaikan oleh beberapa orang guru lagi. Baju sukan yang baru ini mempunyai 4 warna iaitu merah, biru, hijau dan kuning. Selain itu, nama rumah sukan juga telah ditukarkan kepada Waja, Satria, Wira dan Putra.
Secara tidak langsung, pihak SKKH juga telah mereka logo sukan khas untuk baju sukan yang baru. Diharapkan semua pihak termasuklah ibubapa, PIBG, guru-guru, kakitangan sekolah serta PPD Hulu Perak memberi sokongan terhadap pihak sekolah. Wasalam...
SEJARAH SEKOLAH
SK KUAK HULU All Rights Reserved. Blogger Template created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by Badman873 | Supported by Badman Studio