body, a, a:hover {cursor: url(http://safir85.ucoz.com/bdlab-blogspot/dark_blue_3d_cursor.cur), progress;}

blogger widgets

rss
twitter
    Find out what SK Kuak Hulu is doing, Follow Me :)

asp hit counter

Mesyuarat PIBG kali ke 34











Seramai 150 orang waris dan ibu bapa murid SK Kuak Hulu telah hadir ke sekolah untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 34 pada 30hb Mac 2011 yang lalu. Mesyuarat tersebut berjalan dalam suasana yang tenang dan penuh harmoni. Pelbagai perkara berbangkit dapat diselesaikan. Beberapa idea yang bernas untuk memajukan sekolah telah diutarakan oleh para waris yang hadir. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Kasim bin Hassan pengurus lembaga tabung haji cawangan baling.

Pertandingan Sepak Takraw Daerah Hulu Perak





Skkh telah muncul naib juara daerah dalam Pertandingan Sepak Takraw Daerah Hulu Perak yang telah diadakan didewan SMK Pengkalan Hulu. Menurut jurulatih sepaktakraw sekolah,encik Sazli b. Salehudin, pasukan ini bermain dengan semangat yang tinggi dan bermain dengan penuh semangat. Hasil daripada latihan yang giat dan berterusan telah membuahkan hasil. InsyaAllah pada tahun hadapan sekolah ini berharap akan muncul juara daerah yang baru. Pemain terdiri dari murid tahun 6 dan 5 iaitu, Mohd Khairul Fahmi, Mohd Edzar, Amirul Asyraf , Mohd Zuhri dan Mohd Aidil.

Pemantauan ISO oleh JPN Perak





Pemantauan Fail ISO SK Kuak Hulu telah didatangi oleh pegawai dari JPN Perak pada 22hb Mac 2011 yang lepas untuk pemantauan Fail ISO. Menurut En. Razif, ketua audit iso. Pemantauan ini bertujuan untuk melihat segala hasil kerja yang dijalankan pada tahun 2010 yang lalu. Hasil audit yang dijalankan amat memuaskan dan mematuhi kerja yang telah ditetapkan.