body, a, a:hover {cursor: url(http://safir85.ucoz.com/bdlab-blogspot/dark_blue_3d_cursor.cur), progress;}

blogger widgets

rss
twitter
    Find out what SK Kuak Hulu is doing, Follow Me :)

asp hit counter

Lawatan Pengarah Pelajaran Perak



Kedatangan Pengarah Pelajaran Perak ke SK Kuak Hulu pada 14 Oktober 2010 adalah amat di alu-alukan oleh Pihak Sekolah. Diharapkan lawatan beliau ke SK Kuak Hulu dapat memberi sedikit idea-idea bernas dalam meningkatkan prestasi dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.!




SELAMAT DATANG TUAN

Kem Bestari Solat Perdana 2010







Kem Bestari Solat Perdana ini telah di jalankan pada 24 September 2010, iamelibatkan semua murid SK Kuak Hulu. Program ini telah lama di rancang oleh Panitia Agama Islam, pengisian program ini adalah memgajar murid-murid cara yang betul mengambil wuduk dan sembahyang. Program ini juga membentuk murid-murid cinta kepada agama, rasul dan Allah S.W.T.
Pihak sekolah juga telah menjemput penceramah dari luar membantu program ini. Diantaranya ialah Ustaz Zulkainan (Tenaga Pengajar pondok Pak Teh) dan Ustaz Iskandar ( SK Felda Lepang Nenering). Selain itu, murid mendapat pengalaman baru iaitu bermalam di sekolah serta dapat merapatkan ukwah sesama rakan

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2010






Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2010 telah di adakan di Keda Resort Sik, Kedah pada 23 Julai 2010 iaitu pada hari Jumaat. Tujuan utama program ini adalah untuk mendedahkan teknik yang betul menjawab soalan UPSR kepada murid tahun 6. Pihak sekolah telah menjemput beberapa fasilitator luar supaya murid lebih memahami teknik yang betul menjawab soalan UPSR. Pihak sekolah juga telah bekerjasama dengan pihak Universiti Teknologo Petronas ( UTP ) bagi membantu murid-murid tahun 6 dalam program ini. Diharapkan usaha semua pihak dapat memberi kejayaan yang cemerlang kepada murid tahun 6 2010

Teruskan Usaha Anda! 5A adalah milik anda semua!

Perkhemahan 2U 2010







Pada 26 Jun 2010, Perkhemahan 2u telah di laksanakan di Balai Bomba Pengkalan Hulu. Semua murid tahun 4, 5 dan 6 terlibat dalam perkhemahan ini. Semua aktiviti telah di aturkan oleh pihak bomba dan dibantu oleh guru-guru. Antara aktiviti yang di jalankan adalah seperti membina jati diri murid, latihan asas kawad, cara menyelamat, dan banyak lagi.
Aktiviti tersebut secara tidak langsung membina kekuatkan jati diri serta mendapat pengalaman baru dalam perkhemahan. Ini juga dapat menggalakan murid menanam cita-cita menjadi pegawai bomba. Terima Kasih diucapkan kepada seluruh anggota Balai Bomba Pengkalan Hulu keran memberi berusaha keras menjayakan program ini!