body, a, a:hover {cursor: url(http://safir85.ucoz.com/bdlab-blogspot/dark_blue_3d_cursor.cur), progress;}

blogger widgets

rss
twitter
    Find out what SK Kuak Hulu is doing, Follow Me :)

asp hit counter

Gotong Royong Perdana

Sekolah Kebangsaan kuak Hulu telah mengadakan hari Gotong Royong Perdana pada 15 Mei 2010. Gotong royong ini melibatkan semua murid dan guru serta beberapa orang ibu bapa. Ianya bertujuan untuk menceriakan persekitaran persekolahan atas arahan pihak Kementerian sempena sambutan hari guru yang akan dijalankan serentak pada 17 Mei bagi semua sekolah di Negeri Perak.
Menurut setiausaha progaram, Pn Salina bt. Mustafa, Gotong royong ini mendapat sambutan yang menggalakan dan murid begitu bersemangat membuat kerja. Antara kerja yang dilakukan ialah mencabut rumput, menggembur pokok bunga dan membersih makmal komputer.
Gotong royong tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 pagi. Setelah selesai murid - murid telah dijamu dengan bihun goreng dan teh O. Sebelum gotong royong bermula Puan Hajah Saayah GB SKKH telah berpesan agar semua murid -murid menjaga keselamatan dan jangan bermain dan mengusik kawan - kawan ketika bekerja. Alhamdudillah semuanya berakhir dengan jayanya.. Tahniah warga SKKH atas kerjasama dan komitmen yang diberikan ibarat kata pepatah bulat air kerana pembentung berjaya manusia kerana muafakat..........
disediakan oleh
Yusri

Lawatan Sambil Belajar Murid Tahun 6 2010

Seramai 34 0rang murid tahun 6 telah menyertai rombongan ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng(SBPIG) dan Cameron Hingland pada 7 Mei 2010 yang lalu.Rombongan tersebut diiringi oleh 10 orang guru termasuk Puan hajah Saayah Guru Besar SKKH. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memupuk minat murid ke asrama penuh serta memberi semangat agar rajin belajar dalam usaha mendapat tempat ke asrama penuh . Selain itu, lawatan ini juga adalah untuk merehatkan fikiran murid-murid dan merasai pengalaman berada di Cameron Highland.

Seawal jam 6.30 pagi, semua murid dan guru telah berkumpul di dataran sekolah. Tepat jam 6.45pagi, rombongan sekolah telah bertolak ke SBPIG. Sebaik saja bas yang di naik sampai di kawasan Air Tawar, Grik, bas yang dinaiki telah mengalami kerosakan brek .Keadaan in menyebabkan kami lewat tiba di SBPIG.

Setibanya kami di SBPIG kami telah di sambut oleh pelajar-pelajar disitu. kami telah di bawa mengelilingi sekolah sambil di beri penerangan tentang kecemerlangan sekolah mereka. Murid-murid sangat teruja dengan kemudahan dan kecerian sekolah tersebut. Tepat jam 1.30 tengahari, rombongan kami bertolak ke Cameron highland. Kami tiba di sana pada pukul 3 petang dan menginap di Hotel Jasmine. Ketika di sana kami telah melawat Mardi. Kesempatan ini telah diambil sepenuhnya oleh murid - murid untuk melawat ladang strawbery,teh. kami juga berpeluang membeli belah di pasar malam. Semua murid-murid tidak melepaskan peluang untuk membeli sayur dan buah yang segar. kami bertolak bertolak pulang pada keesokkanya.





Pameran Sains Bergerak 2010











Pada 12 April 2010, SMK Pengkalan Hulu telah mengadakan Pameran Sains Bergerak di sekolahnya dengan kerjasama Pusat Sains Negara. Murid- murid SK Kuak Hulu di beri peluang untuk menghadiri Pameran tersebut. Pelbagai alatan sains yang menarik telah di pamerkan disitu diantaranya ialah Teleskop Matahari danalatan mengesan Radioaktif. Di samping itu pihak Bomba juga telah menyertai pameran tersebut. Di dalam Bas Bomba Bergerak, terdapat pelbagai alatan pemadam api dan juga info-info tentang langkah-langkah keselamatan. Secara tidak lansung, Pameran itu berjaya menarik minat murid dalam bidang sains dan teknologi serta memberi pengetahuan yang berfaedah.