body, a, a:hover {cursor: url(http://safir85.ucoz.com/bdlab-blogspot/dark_blue_3d_cursor.cur), progress;}

blogger widgets

rss
twitter
    Find out what SK Kuak Hulu is doing, Follow Me :)

asp hit counter

Program Bincang & Rancang 2010




Program Bincang dan Rancang 2010 ini diadakan pada hari Khamis (21.01.2010) minggu lepas. Program ini bertujuan untuk memberitahu program yang dirancang oleh pihak sekolah untuk murid tahun 6 pada 2010 ini. Selain itu pihak sekolah membincangkan masalah-masalah murid tahun 6 ini dengan ibu-bapa mereka.
Pihak sekolah juga telah menjemput En. Azhar bin Mat untuk merasmikan program ini. Secara tidak lansung beliau telah memberi sedikit ceramah kepada ibu-bapa berkenan dengan pelajaran anak-anak. Program ini diakhiri dengan penyerahan mentee kepada 5 orang Mentor iaitu Pn. Salina bt Mustafa, Pn. Noor Hanita bt.Abd Ghafar, En. Mohd Zakir b. Mohd Khairudin, Pn. Rusidah bt. Mohamad Masirin dan Pn. Asmayiah bt. Md Isa.

Jamuan Tahunan Guru & Perpisahan


Jamuan Tahunan Guru akan dia diadakan pada minggu depan iaitu pada 27 Januari 2010 bertempat di Medan Selera Tanjung Dawai, Kedah..Keputusan majlis ini diputuskan semasa Mesyuarat Kurikulum Pertama iaitu pada hari ini...

Secara tidak langung, pihak pentadbir sekolah juga akan mengadakan Jamuan Perpisahan Pn. Hasnah bt. Said yang telah berpindah ke Sekolah Pematang Tok Dik, Kulim, kedah..

Semoga guru-guru seronok dengan jamuan ini!

Takziah Kepada Ustazah Fatimahsan sekeluarga!!

Pada pagi tadi, saya bersama Cikgu Saayah (GB) dan Ustaz Nazri berkesempatan menziarahi Ibu Ustazah Fatimahsan yang tinggal di rumah abangnya di Kampung Ayer Panas, Pengkalan Hulu..Keadaan beliau pada ketika itu sungguh tenat..Mengikut cerita abang Ustazah Fatimahsan, beliau menghidapi penyakit 'stroke' dalam minggu ni juga..perubahan beliau dapat dirasa oleh keluarganya..

Pada pukul 3 petang ini, beliau telah kembali ke Rahmatullah, semoga rohnya dicucuri rahmat sempena hari yang baik ini, Penghulu segala hari!!.


:: sedekahkanlah Al- Fatihah kepada Allahyarhammah::

Bubur Asyura.... Hmmm sedap ni!!!









Hari ini pihak sekolah telah mengadakan majlis memasak bubur Asyura..majlis ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan diantara guru-guru dan pekerja sekolah..walaupun tidak semua terlibat kerana kebanyakan guru sibuk dengan jadual mengajar masing-masing,Ia tetap berjalan dengan lancar....Terima kasih diucapkan kepada semua atas bubur Asyura yang sedap ni!!!.

Selamat Tahun Baru 2010...Hari Persekolahan Bermula




SELAMAT TAHUN BARU!

Assalamulaikum kepada pembaca blog SK Kuak Hulu, terlebih dahulu saya mengucapkan syukur hadrat illahi kerana pihak sekolah berjaya mengharungi liku-liku rintangan yang melanda pada tahun 2009. Diharapkan semua pihak terutama PIBG akan membantu dan memberi sokongan pada pihak sekolah pada tahun 2010. semoga usaha yang akan dicapai ini akan memberi impak yang besar terhadap keputusan pada tahun ini.

Esok hari persekolahan bermula...diharapkan semua berjalan dengan lancar