body, a, a:hover {cursor: url(http://safir85.ucoz.com/bdlab-blogspot/dark_blue_3d_cursor.cur), progress;}

blogger widgets

rss
twitter
    Find out what SK Kuak Hulu is doing, Follow Me :)

asp hit counter

Hari Raya Aidilfitri 2009

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah Kebangsaan Kuak Hulu telah diadakan pada hari Rabu iaitu bersamaan 07 Oktober 2009 . Majlis yang dimulai pada jam 12.00 Tengahari sehingga pada jam 1.30 Petang berjalan lancar dan berakhir dengan suasana yang meriah . Antara tetamu yang hadir pada hari itu ialah Ketua-ketua Jabatan Daerah Pengkalan Hulu , wakil dari Jabatan Polis, para Guru Besar , wakil dari Tabung Haji , wakil dari May Bank dan masyarakat setempat. Beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan pada hari itu seperti nyanyian lagu-lagu hari raya oleh guru-guru dan kakitangan sekolah , jamuan dengan beraneka jenis makanan serta pertandingan guru paling bergaya yang telah dimenangi oleh Pn Rusidah Bt Mohamad Masirin.

Sambutan yang bertujuan untuk meraikan hari raya yang mulia selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan juga merapatkan hubungan silaturrahim antara guru , murid , kakitangan sekolah dan masyarakat setempat serta memanfaatkan Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan Kementerian Pelajaran Malaysia telah mencapai objektifnya. Dengan adanya majlis seperti ini akan mendapat faedah kepada semua pihak dan mendatangkan manfaat buat semua peringkat masyarakat.