body, a, a:hover {cursor: url(http://safir85.ucoz.com/bdlab-blogspot/dark_blue_3d_cursor.cur), progress;}

blogger widgets

rss
twitter
    Find out what SK Kuak Hulu is doing, Follow Me :)

asp hit counter

Audit Dalaman ISO MS 9001: 2000




Alhamdullilah, semua berjalan lancar hari ini. Semua fail telah di audit dan tidak ada satu pun tersangkut..Juru Audit Dalaman pada hari ini telah didatangkan khas dari daerah Kuala Kangsar. Ia terdiri daripada Pn Masitah, Pn Rosmiza, Pn Haryati dan En Abd Manaf..

Terima kasih diucapkan kepada semua guru SK Kuak Hulu!!!!!

Perkhemahan Unit Uniform 2U



Pada 24hb pihak sekolah telah mengadakan Perkhemahan Unit Uniform Pengakap dan Puteri Islam. Tujuan utama perkhemahan ini adalah memberi pengalaman berkhemah kepada murid yang tidak merasai berkhemah. Sasaran murid pada kali ini ialah murid tahun 4 dan 5..


Alhamdullilah, perkhemahan ini berjalan dengan lancar. Banyak aktivti yang dijalankan seperti ikatan, cabaran hidup, kawad statik, pertolongan cemas dan tracking. Aktiviti ini dapat mengajar dan memberi pengalaman berguna kepada murid-murid.



Perasmian penutup dirasmikan oleh Puan Hajah Saayah sendiri, beliau berpuas hati dengan komitmen murid dan guru dalam perkhemahan ini.


Pada masa yang sama juga pihak IPGM kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang telah mengadakan Program BIG untuk guru pelatih mereka di SK Kuak Hulu. Ini memeriahkan lagi perkhemahan ini.




Terima kasih banyak kepada semua guru SK Kuak Hulu kerana memberi komitmen yang padu dalam menjayakan perkhemahan kali ini. Juga tidak dilupakan kepada guru praktikum dan pekerja swasta secara langsung dan tidak langsung menolong pihak sekolah.

Kursus Kepimpinan Pengawas 09



Pada 11.07.2009 bersamaan hari Sabtu, pihak sekolah telah membuat Kursus Kempimpinan Pengawas di KEDA Resort, Bendang Man, Sik, Kedah. Kursus ini dianjurkan oleh Badan HEM SKKH dan Universiti Teknologi Petronas . Kursus ini mempunyai 27 peserta terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas PSS dan Ketua Kelas.



Kursus ini mengambil masa selama 2 hari dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Semua aktiviti dirancang oleh Pelajar Universiti Teknologi Petronas. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah membina 'team building', latihan komando, jungle tracking dan 'puzzle'


Majlis penutupan dirasmikan sendiri oleh Pn Hajah Saayah bt Abidin iaitu Guru Besar SK Kuak Hulu. Diharapkan semua peserta Kem Kepimpinan Pengawas mendapat semua input yang berguna dan dapat dipraktikkan di sekolah.






Bulan Kecergasan 2009



Bulan 7 merupakan Bulan Kecergasan untuk seluruh Malaysia. Pihak sekolah melancarkannya pada 10.7.2009 dengan melakukkan aktiviti senamrobik yang di ketuai oleh guru-guru praktikum.

Sebelum pelancaran lagi, Pihak Sekolah telah mengadakan Pertandingan Futsal di Antara Rumah Sukan bagi menyemarakkan murid-murid dengan semangat bersukan.

Pada 14 haribulan pula, Pertandingan Bola baling diadakan di antara rumah sukan selama 2 hari berturut-turut. Pada minggu itu juga, Semua Guru Pendidikan jasmani serta murid akan mengemas stor bersama-sama.

Pada Penutupan Bulan Kecergasan pula, Penyelaras Kokurikulum bercadang akan mengadakan Program Berjalan Kaki Ria mengelilingi sekitar Kampung Kuak Hulu...

Akhir kata....Majulah Sukan Untuk Negara