body, a, a:hover {cursor: url(http://safir85.ucoz.com/bdlab-blogspot/dark_blue_3d_cursor.cur), progress;}

blogger widgets

rss
twitter
    Find out what SK Kuak Hulu is doing, Follow Me :)

asp hit counter

Suatu hari di bulan ramadan


Klik pada gambar untuk besarkan gambar

Peperiksaan UPSR


Pada hari ini (09.09.2008 ) iaitu hari selasa bermulalah peperiksaan UPSR 2008..Diharapkan semua murid tahun 6 SKKH dapat menghadapinya dengan penuh tenang dan sabar. Harapan pihak sekolah agar tahun ni lebih ramai lagi murid mendapat 5A dan dapat meningkatkan lagi prestasi semua mata pelajaran


TUNAIKANLAH IMPIAN ANDA UNTUK MENCAPAI 5A!!!!

SELAMAT BERPUASA



PIHAK SKKH MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH SERTA SELURUH PENDUDUK KAMPUNG KUAK HULU.

KEPADA CIKGU DISON CHONG ( GURU PRAKTIKUM ), BELAJAR-BELAJAR LA POSE YE! BUDAK PRA SEKOLAH PUN POSE TAU

Kursus Pendidikan Seni di SKKH( 30.8.2008 )



Pada 30.8.2008, pihak SKKH telah mengadakan kursus Pendidikan Seni untuk guru-guru di sekolah ini. Ini merupakan Kursus LDP kali ke 4 yang telah dijalankan oleh pihak sekolah. Walaupun pada cuti sekolah, guru-guru SKKH telah memberi kerjasama yang amat baik dengan menghadiri kursus tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.



Pihak sekolah telah menjemput penceramah daripada SMK Tun Saban iaitu En. Mohd Habib b. Mohamed. Beliau merupakan anak jati kampung Kuak Hulu dan mempunyai banyak pengalaman dalam Pendidikan Seni Visual. Beliau juga mempunyai anak yang masih belajar di sekolah ini.

Tajuk yang beliau sampaikan pada kursus itu ialah tentang Teknik Ukiran dan Cetakan. Cara penyampaian beliau amat menarik. Semua amat berminat dengan teknik cetakan yang beliau tunjukkan. Kami Pihak Sekolah amat berterima kasih kepada beliau..
TERIMA KASIH CIKGU!!!


Perarakkan Hari Kemerdekaan 2008

Tanggal 29.8.2008, pihak sekolah telah mengadakan Program Perarakkan Hari Kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan. Seawal jam 7.20 pagi program itu di mulakan dengan bacaan doa oleh murid. Majlis itu diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Perak.
Selepas itu, 3 perutusan hari Kemerdekaan oleh di baca oleh Pn Hjh Rohani bt Zainan( PK 1), Pn Maznah bt Nordin (PK HEM ) dan En Ahmad Rusdi b Mohd Tahir ( GK Koko ).

Majlis di teruskan lagi dengan nyanyian Lagu Tema dan juga lagu patriotik oleh Guru-guru serta Murid-murid.









Pada pukul jam 8.45 pagi , perarakkan keliling Kampung Kuak Hulu oleh murid-murid SKKH telah dimulakan dengan diiring oleh guru-guru SKKH. Murid- murid berarak sambil menyanyikan lagu- lagu patriotik serta mengibarkan Jalur Gemilang.




selepas waktu rehat, tayangan filem Bukit Kepong telah ditayangkan untuk menaikkan lagi semangat patriotik kepada murid-murid. Murid- murid amat terhibur dengan tayangan tersebut.