body, a, a:hover {cursor: url(http://safir85.ucoz.com/bdlab-blogspot/dark_blue_3d_cursor.cur), progress;}

blogger widgets

rss
twitter
    Find out what SK Kuak Hulu is doing, Follow Me :)

asp hit counter

Pelancaran Hari Kemerdekaan kali ke 51




Pada hari Isnin yang lalu, pihak SKKH telah membuat Pelancaran Hari Kemerdekaan kali ke 51 di tapak perhimpunan. Pelancaran itu telah dilancarkan oleh Guru Besar SKKH.


Banyak aktiviti yang telah dirancang pada bulan Ogos ini. Di antaranya ialah perarakan keliling kampung oleh murid- mur
id SKKH. Perarakan itu diketuai oleh GK Kokurikulum.


Selain itu, aktiviti berkaraoke akan dijalankan pada hari Jumaat ini. Tujuan aktiviti berkaraoke ini adalah untuk menaikkan semangat patriotik di kalangan murid-murid.








Di bawah adalah jadual aktiviti yang akan dijalankan:


JADUAL AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN

25.8.2008 – 14.9.2008 Pertandingan Kelas Patriotik

27.8.2008 Pertandingan Karaoke Lagu Patriotik

28.8.2008 Perarakan Hari Kemerdekaan ( 8.00 pagi )

Tayangan video ‘Hati Malaya’ ( 10.30 pagi )

5.9. 2008 Pertandingan Mewarna Prasekolah & Tahap 1

Pertandingan Melukis Poster Tahap 2 ( tahun 4 dan 5 )

12.9.2008 Pertandingan Sajak / Pantun dalam Bahasa Melayu

Pertandingan Sajak dalam Bahasa Inggeris


UPDATES!!


Program karaoke telah berjalan seperti yang dirancang, iaitu pada hari Khamis( 28.8.2008 )..Semua acara dijalankan dengan lancar dan semua murid juga terhibur...Guru besar juga telah menyumbangkan sebuah lagu patriotik.

Kenduri kendara di waktu cuti



Assalamualaikum...

Tahniah diucapkan kepada
Ustazah Nor Hasimah Mahamod yang telah bergelar isteri sekarang...Ramai juga guru-guru hadir di majlis perkahwinannya pada 19.8.2008. Suami beliau merupakan seorang ustaz yang mengajar di Teluk Intan. Gambar tidak dapat di 'upload'kan kerana jurugambar yang telah dijanjikan tidak dapat hadir.. harap maaf ye!

Pada 22.8.2008. Cikgu Mohd Yusri Shaari telah membuat kenduri kesyukuran di rumah barunya..beliau telah menjemput semua warga SKKH serta seluruh penduduk Kampung Pulai..Beliau berkata kepada penulis bahawa beliau telah membelanjakan sebanyak RM 150 ribu untuk pembinaan rumahnya itu. beliau juga baru sahaja menempah langsir rumahnya..kos menjahit langsir ialah kira-kira RM 5 ribu..


Info tentang bulan kemerdekaan ke 51


Tema : Perpaduan Teras Kejayaan

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.


Lagu tema


PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

Ciptaan :
Pak Ngah
Lirik : Lokgha


Untuk maklumat yang terperinci layarilah http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/home/default1.asp

Baju sukan 2009



Alhamdullilah! Syukur kepada Allah, pihak SKKH telah berjaya mereka baju sukan yang baru untuk tahun hadapan.

Semangat ini di teruskan lagi dengan sokongan padu oleh Pn Hjh Saayah bt Abidin selaku Guru Besar SKKH yang baru. Beliau baru sahaja bertugas di SKKH pada awal Julai tahun ini. Diharapkan cetusan idea-idea yang bernas
daripada beliau dapat meningkatkan lagi martabat SKKH didalam bidang pendidikan.

Berbalik kepada tajuk yang asal. Rekaan baju ini telah direka oleh GK Kokurikulum (En Ahmad Rusdi b Mohd Tahir) dan telah dibuat penambahbaikan oleh beberapa orang guru lagi. Baju sukan yang baru ini mempunyai 4 warna iaitu merah, biru, hijau dan kuning. Selain itu, nama rumah sukan juga telah d
itukarkan kepada Waja, Satria, Wira dan Putra.

Secara tidak langsung, pihak SKKH juga telah mereka logo sukan khas untuk baju sukan yang baru. Diharapkan semua pihak termasuklah ibubapa, PIBG, guru-guru, kakitangan sekolah serta PPD Hulu Perak memberi sokongan terhadap pihak sekolah. Wasalam...

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR



Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR dijalankan pada cuti sekolah ini. Bermula pada 16 Ogos 2008 hingga 21 Ogos 2008. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid-murid tahun 6 dalam menjawab soalan UPSR. Pihak sekolah telah menjemput beberapa penceramah luar untuk pengisian setiap slot yang telah dirancangkan.





Pn Norlela bt Md Zain (penceramah untuk slot BI) telah menerangkan bahan yang hendak di sampaikan dalam slotnya kepada Pn Hjh Saayah bt Abidin (Guru Besar SKKH).





Murid-murid tekun menjawab contoh soalan yang di berikan oleh penceramah.






Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR 2008!
Terus harumkan nama baik SKKH




Sejarah SK Kuak Hulu

SEJARAH SEKOLAH

SK Kuak Hulu terletak 3.5 KM dari pekan Pengkalan Hulu. Sebelum tertubuhnya SK Kuak Hulu, penduduk Kg Kuak Hulu bersekolah di Kg Kuak Luar. Jaraknya dari Kg Kuak Hulu lebih kurang 2.5 KM. Pada tahun 1951, tubuhnya SK Kuak Hulu yang luasnya 1.6 KM persegi yang beratapkan nipah berlantainya tanah. Tin minyak di jadikan kerusi dan buluh dijadikan meja. Terdapat 5 buah kelas dan 50 orang pelajar sahaja ketika itu. Tanah ini asalnya kepunyaan Tuan Hj Abdul Kadir. Pada 1960, rumah guru di bina untuk menyenangkan guru. Pada 1980, semua murid darjah 6 tidak perlu lagi pergi ke SK Keruh untuk menyambungkan pengajian mereka kerana SK Kuak Hulu telah menjalankan Kelas Tahun 6. Pada tahun 1983, projek membina sekolah telah bermula sehingga ia siap pada tahun 1984. Terdapat 6 buah bilik, 1 bilik guru, setor dan juga kantin. Pada 14 Julai 1986, YB Dato’ Anwar bin Ibrahim selaku Menteri Pelajaran telah merasmikan bangunan baru sekolah.

Selamat datang ke Blog SK Kuak Hulu

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesempatan untuk menyiapkan blog untuk SKKH ini. Memang telah lama saya rancang untuk membuatnya namun baru kali ini berkesempatan. Untuk makluman semua, sekarang saya dalam proses pembikinan website SKKH pula. Harapan saya agar, anda memberikan sepenuh sokongan kepada blog dan juga website SKKH ini nanti dengan melayarinya dan juga boleh memberikan pendapat yang bernas dalam meningkatkan lagi mutu dan kualiti SKKH.
Tarikh pelancaran blog ini pada
19.8.2008