body, a, a:hover {cursor: url(http://safir85.ucoz.com/bdlab-blogspot/dark_blue_3d_cursor.cur), progress;}

blogger widgets

rss
twitter
    Find out what SK Kuak Hulu is doing, Follow Me :)

asp hit counter

Sejarah SK Kuak Hulu

SEJARAH SEKOLAH

SK Kuak Hulu terletak 3.5 KM dari pekan Pengkalan Hulu. Sebelum tertubuhnya SK Kuak Hulu, penduduk Kg Kuak Hulu bersekolah di Kg Kuak Luar. Jaraknya dari Kg Kuak Hulu lebih kurang 2.5 KM. Pada tahun 1951, tubuhnya SK Kuak Hulu yang luasnya 1.6 KM persegi yang beratapkan nipah berlantainya tanah. Tin minyak di jadikan kerusi dan buluh dijadikan meja. Terdapat 5 buah kelas dan 50 orang pelajar sahaja ketika itu. Tanah ini asalnya kepunyaan Tuan Hj Abdul Kadir. Pada 1960, rumah guru di bina untuk menyenangkan guru. Pada 1980, semua murid darjah 6 tidak perlu lagi pergi ke SK Keruh untuk menyambungkan pengajian mereka kerana SK Kuak Hulu telah menjalankan Kelas Tahun 6. Pada tahun 1983, projek membina sekolah telah bermula sehingga ia siap pada tahun 1984. Terdapat 6 buah bilik, 1 bilik guru, setor dan juga kantin. Pada 14 Julai 1986, YB Dato’ Anwar bin Ibrahim selaku Menteri Pelajaran telah merasmikan bangunan baru sekolah.

1 comments:

Unknown said...

Tanah diwakafkan oleh Sheikh Hj Wan Abdul Kadir alfatoni seorang guru agama yg tersohor diketika itu..bersama denga Al Fakeh Nawawi bg menyenangkan penduduk di Kuak Hulu yg terpaksa berjalan kaki menyusuri denai dan sungai utk ke sekolah di Kuak Luar.